Dokumentari ini berkisar tentang kehidupan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai Rajang, Sarawak. Kedudukan geografinya yang strategik menjadikan sungai ini sebagai sumber ekonomi, pendidikan, perhubungan dan produk pelancongan. Dalam Episod kali ini Menghilir Rajang akan menyingkap perkhidmatan Lembaga Pelabuhan Rajang di Sibu. Lembaga Pelabuhan Rajang telah banyak membantu aktiviti ekonomi sekaligus meningkatkan pendapatan rakyat.