News

Lembaga Pelabuhan Rajang Sambut Upacara ‘Peace Offering’
Posted on : 31 Aug 2023  Source of News: UKAS
 

Lembaga Pelabuhan Rajang Sambut Upacara ‘Peace Offering’

SELASA, 5 SEPTEMBER 2023

SIBU : Lembaga Pelabuhan Rajang (RPA) telah menganjurkan Peace Offering Dinner setelah mengadakan upacara ‘peace offering’ di dermaganya pada Rabu bersempena ‘Pesta Hantu Lapar’.

Semasa upacara tersebut, Pengurus Besar RPA Datin Helen Lim, berkata upacara tahunan itu telah dilakukan sejak 40 atau 50 tahun yang lalu di RPA bertujuan memohon restu serta perlindungan untuk semua pekerjanya dan mereka yang menjalankan perniagaan dengan RPA.

“Sebab mengapa ia dianjurkan adalah untuk keselamatan pekerja kami di trafik, dermaga dan kawasan operasi dan kami juga meminta untuk berdamai dengan roh untuk melindungi semua yang keluar masuk pelabuhan dan mereka yang menjalankan perniagaan dengan kami.

“RPA sebagai pelabuhan, kami amat menekankan betapa pentingnya soal keselamatan, dan saya boleh katakan, industri pelabuhan bukanlah yang paling selamat untuk bekerja, tetapi kami perlu memastikan keselamatan dalam apa jua cara yang termampu,” katanya ketika ditemui media di dermaga RPA di Sibu pada Rabu.

Beliau berkata, setiap tahun pihak pengurusan akan memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan upacara itu dianjurkan dengan betul dan lancar.

“Wang itu akan dibelanjakan untuk membeli barangan bagi upacara tersebut dan memberi elaun kepada mereka yang bekerja di bawah terik panas matahari untuk majlis tersebut,” katanya.-EDISI UKAS

RELATED POSTS