News

Majlis makan malam LPR berlangsung sederhana tetapi meriah
Posted on : 05 Sep 2023  Source of News: Utusan Borneo
 

Majlis makan malam LPR berlangsung sederhana tetapi meriah

(Duduk dari empat kiri) Abdul Hamid, Hayati, Lau, Ting serta yang lain pada majlis makan malam Lembaga Pelabuhan Rajang semalam.
(Duduk dari empat kiri) Abdul Hamid, Hayati, Lau, Ting serta yang lain pada majlis makan malam Lembaga Pelabuhan Rajang semalam.

SIBU: Lembaga Pelabuhan Rajang (LPR) telah mengadakan majlis makan malam di sebuah hotel di sini, semalam sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan dan pelanggan pelabuhan.

Majlis yang berlangsung sederhana tetapi meriah itu dihadiri Pemangku Pengurus Besar LPR Hayati Kiprawi.

Hadir sama ialah Presiden Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Sibu Dato Lau Chieng Kiong, Ahli Lembaga Pengarah LPR Abang Abdul Hamid Abang Bolhassan dan Ting Bing Kiong serta ketua kaum.

Sementara pada sebelah siangnya LPR telah mengadakan upacara penyembahan bagi memohon keamanan dan keselamatan sempena sambutan Pesta Hantu Lapar.

Upacara itu yang dihadiri bekas Pengurus Besar LPR Datin Helen Lim bertujuan menolak malapetaka agar semua pihak terutama pekerja dan pelanggan yang berada dalam kawasan pelabuhan sentiasa selamat.

Lim yang menjalankan tugas terakhirnya semalam memberitahu, upacara persembahan itu telah dijalankan pihak lembaga sejak 40 atau 50 tahun lepas.

 
"Dengan upacara ini, pekerja akan berasa lebih selamat serta tenang apabila membuat kerja mereka.

"Jadi, ia bukan hanya melibatkan soal fizikal tetapi rohani dan mental juga," katanya.