Vacancy Notice

LEMBAGA PELABUHAN RAJANG

SIBU

 

NOTIS JAWATAN KOSONG

 

Lembaga Pelabuhan Rajang (LPR) mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan memiliki kelayakan dan syarat-syarat perlantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan seperti berikut:

 

 

A.

1.

Jawatan

:

Pembantu Kemahiran Gred H19

 

2.

Klasifikasi

:

Kemahiran

 

3.

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pelaksana

 

4.

Jadual gaji Min – Max Gred H19

:

RM1,377.00 – RM4,052.00

 

5.

Taraf Jawatan

:

Tetap

 

6.

Syarat Lantikan

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 

 

 

 

(a)

Warganegara Malaysia;

 

 

 

 

(b)

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

 

 

 

 

(c)

(i)

Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,377.00); atau

 

 

 

 

 

(ii)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau

 

 

 

 

(iii)

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai FasaTunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,435.12); atau

 

 

 

 

(iv)

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24); atau

 

 

 

 

(v)

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

dengannya.

(Gaji permulaan pada Gred H19: RM1,493.24)

 

7.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

       8.   Deskripsi Tugas

:

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang,membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan / jentera / peralatan awam dan mekanikal, pemasangan elektrik, system elektrik, system perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. 

                   

 

B.

1.

Jawatan

:

PEMANDU/OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH GRED H11

 

2.

Klasifikasi

:

KEMAHIRAN

 

3.

Kumpulan Perkhidmatan

:

PELAKSANA

 

4.

Jadual gaji Min – Max Gred H11

:

RM1,218.00– RM2,939.00

 

5.

Taraf Jawatan

:

Kontrak

 

6.

Syarat Lantikan

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

 

 

 

 

(a)

Warganegara Malaysia;

 

 

 

 

(b)

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 

 

 

 

(c)

(i)

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf degannya oleh Kerajaan;

 

 

 

 

 

(ii)

Lesen memandu Kelas E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkuan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) ); dan

 

 

 

 

(iii)

Berkebolehan memandu dan mengendalikan semua jenis jentera pemunggah dalam pelbagai saiz dan kekuatan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11 : RM1,264.15).

(Syarat Tambahan: Bagi tugas pengendalian kren, calon perlu memiliki Sijil Pendaftaran Orang Kompeten yang berkaitan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

 

 

7.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

 

8.

Deskripsi Tugas

:

Bertanggungjawab dalam memindah, mengangkut, mengalih dan menyusun apa juga jenis beban seperti kargo pukal, kargo pukal cerai, kontena, mesin dan lain-lain dari kapal ke dermaga atau sebaliknya, ke gudang, workshop dan lain-lain yang melibatkan pemanduan dan pengendalian jentera pemunggah seperti forklifttractorprime movertransfer cranetransteiner cranestradle cranekangaroo cranegantry cranelaufting crane dan levelling crane.

                       

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi LPR di www.rajangport.gov.my.  Borang yang telah lengkap diisi dalam satu salinan hendaklah dikembalikan kepada Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Rajang,    96000   Sibu  selewat-lewatnya   pada    atau   sebelum 6 Oktober 2022Sila sertakan sesalinan sijil kelayakan yang berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport.  Hanya permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek.  Sekiranya pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh tutup, maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

 

PENGURUS BESAR

LEMBAGA PELABUHAN RAJANG

Download Application Form / Muat Turun Borang Permohonan

Notice :

Application through E-mail will not be entertained.  Please forward your application form with resume to our office or by postage to address below:

PENGURUS BESAR

LEMBAGA PELABUHAN RAJANG

JALAN PULAU,

96000 SIBU, SARAWAK.